dare to make a diference. Powered by Blogger.
RSS

::Bila Hati Itu Bukan Milik Kita::


Laju langkahku seangkatan dengan desiran angin..namun jiwa ini kosong tanpa aku perhatikan sekeliling yang ada mata sedang memerhatikan aku..
"Ash...apa kau nie macam ribut taufan berjalan, kau tak sedar aku memekik panggil nama kau??" ujar Zara sambil mencebik manja.
"Eh..maaf la cik kak..aku tak sedar la kau panggil tadi... jom aku belanja kau 'breakfast now', tapi kita tinggal sepuluh minit sahaja lagi nie cik kak oii...cepat ikut aku!!" sepintas aku menarik tangan zara yang masih termanggu dari bebelanku. Anak gadis sunti ini seusia denganku, kami rapat sejak pertama kali bertemu di pejabat. Dia antara rakan sepejabatku yang paling mesra dan paling manja.
"Ash, kau rasa Mr. S  tu dah ada awek ke?". Ujar Zara sambil tangannya mengacau air dengan straw berbelang merah itu.
"Isk kau ni Zara, tanya aku pula kan. Kau ingat aku nie P.A dia ke?". Balasku seraya menggosok hidung yang tidak terasa gatal pun. Mendengar nama Mr. S membuat aku rasa mual dan loya. Mana tidaknya, Mr. S itulah lelaki paling gatal penah aku temui sejak mula berkhidmat di Jaya Holding. Perasaan meluat bertimpa-timpa pabila mendengar namanya di seru oleh gadis kecil di hadapanku ini. Ramai perempuan di pejabat aku itu, semua sudah di 'ngorat'nya. Tapi tidak aku kerana perwatakan aku lain dari mereka. Siapa yang mencuba nasib, siaplah padahnya nanti. Mungkin kerana aku agak tegas dan garang di pejabat. Bukan seperti perempuan bersifat ayu yang digilai oleh para lelaki di luar sana.

"ASHIRA..."..suara itu kedengaran di sudut bilik kecil itu.
"Isk,, apa lagi Mr. S ni.. Malas sangat aku nak layan dengan lelaki POYO tu, bebel aku sambil menyusun fail-fail yang berselerakan di sisi kanan mejaku. Lalu pantas aku bangun dan terus menuju ke arah suara itu.
"Iya En. Shah, kenapa panggil saya?, ada apa bole saya tolong??". Soalku seraya melihat sekitar meja En. S dipenuhi bunga-bunga ros. Kau lihat la Ash, banyak benar gadis-gadis yang tergila-gilakan mamat POYO ini. Banyak bunga dia dapat. Kau ada??. Detik hatiku sendiri melayan perasaan sendiri.
"Saya panggil awak bukan suruh awak mengelamun depan saya ni!". Pintas suaranya yang garau itu membuatkan lamunan aku terbengkalai seketika.
"Eh..Encik Shah, saya mana ada mengelamun. Saya cuma......". Nadaku terhenti kerana tiada kata yang mampu ku teruskan.
"Cuma apanya Cik Ashira?, cuma berkhayal saja kau tahu". Pedas sindirannya sambil jari-jemarinya bermain dengan pen merah itu dan memandang.
"Ada apa encik panggil saya, dah agak lama saya berdiri disini tapi masih belum Encik nyatakan satu pon". Balasku termampu sambil menunduk tanda protes dengan tindakannya itu.
"Saya nak awak ditukarkan di bahagian 'Project' dan awak perlu bersiap sedia untuk keluar berurusan dengan 'Client' mulai bulan depan." tutur selamba itu meresap masuk ke otakku.
"Apa? Saya di tukarkan? Mana mungkin Encik Shah sebab saya masih banyak perlu uruskan kerja saya di bahagian pemasaran ni..". Kening ku angkatkan sedikit tanda aku tidak setuju dengan arahan baru dikeluarkan oleh mulut lelaki itu.
Serentak itu dia bangun dan mendekati aku serta mendekatkan mukanya di hadapanku lalu tangannya mengusap rambut depanku.
"Apa nie Encik Shah?..". pantas ku tepis tangan gatal itu lalu berundur setapak sambil mengetak bibirku tanda marah.
"U see, kalau dah macam nie pon awak tak mahu, macam mana nak uruskan 'Marketing'. ". Lunak suara bergema dengan perasaan selamba di ejek nya aku yang tidak boleh menerima perbuatannya.
Dengan perasaan benci meluat aku, selamba aku berkata.."Baiklah, saya setuju asalkan saya tidak terima layanan 'manja' Encik Sham lagi". Kaki ku melangkah laju meninggalkan ruangan kecil itu.


PUAS...puas hatiku ini bila dapat memberi kata 'pedas' untuk lelaki yang gatal itu. Senyumku sendiri terkenangkan muka Mr. S itu sudah berubah pabila kata 'pedas' ku itu tersembur keluar dari mulutku. Ya..memang aku perasan sangat. Dengan semua perempuan dia nak usap rambut. Gatal!!.. ujarku sendiri sambil mencebik tanda geli atas perbuatan itu terhadapku. Ini adalah kali pertama aku terkena dengan tindakan itu. Memang aku protes habis habisan kerana aku tidak suka lelaki itu cuba mendampingi aku. Cukuplah dia damping dengan semua perempuan di pejabat aku tetapi yang pasti bukan aku.
"Hei Ash, apa kau menungkan tu??"...khayalanku lari entah kemana pabila bantal berbentuk love pink itu singgah di muka ku.
"Kejam la kau kak Wa, tengah syiok aku mengelamun potong pula!!" ujarku sedikit perlahan tanda merajuk manja dengan kawan serumahku.
"ahahaha....aku dah agak dah. Kau nie memang kuat mengelamun!!".. bebel wanita itu yang agak tua dari aku. Sungguhpon dia suka kacau aku, tapi dia lah kakak yang aku ada dikala aku sedih, gembira dan dia juga tempat aku luahkan masalah. Pendengar setia aku dari mula aku pindah di Apartment Sejati ini.

Bersambung........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RASA ITU

Dikala Terlena
Merusuk nadi ditikam sendamu
Kau datang
Dan kadang
Kau pergi
Tanpa bicara
Tanpa jelingan
Dan apakah
Saat putaran itu pasti hadir
Dibalik mimpi aku bermimpi
Mendengar nafasmu
Bak ditarah buluh sembilu
Saat jemari kau singgah
Menyentuh hangatnya lautan asmaraku
Betapa rasa itu segar
Dalam nuraniku

Hujan terus turun
Jiwaku terusik
Diri ini tak bisa untuk ulangi masa kita bersama
Perit rasa hati yang tiada  mengerti
Teruskan menanti
Kukuhku disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

^DAY-1^ Company Trip_Cambodia_(21 to 24-Dec-2012)

ASSALAMUALAIKUM......................w.b.t

^DAY-1^ Company Trip_Cambodia_(21 to 24-Dec-2012)

INTRO:
Asyik letak pic makeup ajee.. skali skala nak buat entry tentang hal lain plak kan...so hari nie mia nak berbual tentang 
'Memoria en Camboya'-Spanish
 dalam bahasa melayu ialah 'Memori di Cambodia'.
Bersyukur kepada Tuhan kerna beri peluang pada kami semua untuk menjejak kaki kami ke negeri orang dan berterima kasih teramat sangat pada BIG BOS 1 kami iaitu Mr. Billy Yap & Isteri serta BIG BOS 2 Mr. Gabriel & Isteri kerana menganjurkan trip yang sgt best ini!!! 
(^_________^) TQ BOSS!
Tak lupa thanks pada Mr. Lee & Ms. Merine yang mengelola pengembaraan kali ini...proud of you!

OK....nak cerita dr mula2 kami mendapat tahu yang kami akan ke Cambodia. Hurmmm.... mula2 mia akui yang terdetik di minda mia 'ada apa di sana'..... 'nak buat apa disana'..mula2 rasa tak nak join sebab ada jobmakeup on that time..
tapi disebabkan bukan duit sendiri yang nak kuar..tapi sponsor dari Company....maka dengan itu terpaksa la mia cancle job di majlis Razlin Razali (maaf ye Razlin..mintak maaf banyak2 sgat....semua sebab xsampai hati nk tolak pemberian ikhlas dr bos2..)
Banyak soalan yang bermain2 diminda menguatkan lagi rasa ingin pergi & lihat sendiri apa yang ada disana.,,,

Ok..mulanya kisah 1 minggu sebelum pergi ke negara itu... What 1st thing mia buat???    mesti la mia search GOOGLE untuk lebih tahu tentang negara itu... below detail tentang serba sedikit info yang bole didapati di laman internet:

CAMBODIA, secara rasmi dikenali sebagai Kerajaan Kemboja, adalah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara.
Ibu Kota       : Phnom Penh
Mata Wang  : Kemboja Riel/USD 
Raja               : Norodom Sihamoni
Penduduk     : 14305183 (2011) Bank Dunia
Kerajaan       : sistem Parlimen, negeri kesatuan, monarki Perlembagaan, Monarki,     
                         demokrasi Wakil
Bahasa rasmi: bahasa Khmer.

HAAAAA...panjang coretan mia kan kan......baekkkk laaa...nak mule mengupload gamba minggu sebelum ke sana.... jom view diabawah ini :

4 hari sebelum pergi mia tukar duit USD $..sebab kat sana mata wang USD $ sgt familar.. xpayah pergi mana2 Money changer (lagipon matawang cambodia xde terdapat kt malaysia) ..kebanyak kedai kat Cambodia terima mata wang USD $...senang kan??


USD $ (RM308= $100)

Hari2 berikutnya kami satu opis dapat email untuk itinerary dan travel tip's.. HA...da semangat da nie... pastu sehari sebelum pergi kami dapat pulak BAJU TEAM BUILDING serta 'TRAVEL KITS & BAG' macam kat bawah nie:

BAJU TEAM BUILDING: TOGETHER WE CAN!

Tag name tu untuk letak kt luggage & hand carry bag...ada 2 group yang akan dibahagikan...group MERAH & GROUP BIRU...ha...so tag nye pon ade tag merah & ade tag biru.. MIA???mestilah tag merah mcm kt atas nie...heheheeee... Opssss.....nak bagi tau yang mia salah satu wakil Committee dari ISSB yang bertanggung jawab tuk  menolong mejayakan Game yang Guard Tour kami sediakan...heheeeee...arahan dari Admin Manager...  cheers!

21-DECEMBER-2012
Ok..Seawal 3.30 pagi Mia dah terjaga dari mimpi indah...SEBABBBB.....da tertera dalam NOTIS yang kami  semua akan bergerak dari opis menaiki Bas ke KLIA tepat jam 5.45pagi...
wahhhh.......dasyat kan...sedar tak sedar...bermula dari pagi ini lah yang dinama 'kerjasama'...saling2 mengingati bawak passport...saling telefon untuk wakeup call dari rakan2...ha..kan..kan...itu namenye 'team work'...tanpa sedar..kita da dilatih dari jam pertama pada hari pertama pengembaraan ini...WOW...
ok...upload pic di KLIA..xbanyak sebab masing2 tengah 'terjaga dari mimpi'...yg mia nie plak bole lupe nak snap2 pic sbb masih rasa xpercaya nak kesana...
Nie la je gambar2 yang sempat diambil oleh mia :

8:55AM (waktu Malaysia)
Menunggu untuk masuk dalam penerbangan.


 Haa....muke sume napak penat kan...muke bangun awal pagi nie..hehehee..

OK...da nak masuk dalam boarding pass..sempat plak amek 1 pic tiket nie..hehehe....

 Jerry                   &                                    Eric ;)

Akibat kebosanan....hehee

Next~~~~~

^11.54AM^-waktu Malaysia
^10.54AM^-waktu Cambodia

TOTWOOL bermaksud SELAMAT DATANG/WELCOME

~~~YEAYYYY ...Sudah sampaii.....TOTWOOL PHNOM PENH... !!!


Kami berjumpa ngan guard tour kami..so 2orang Malaysian & 2orang Cambodian...hehe...so kami ade 4 org Guard Tour...ramai kan...

Dua Bas akan mengiringi kami sepanjang 4 hari perjalanan kami ke sana... BAS MERAH & BAS BIRU..
MIA???mestila bas merah ikut Tag Warna & Group yang diberi... senang nak igt bas masing2 sbb color tag kt beg merah...harus la letak dalam bas merah..kikiii... Pic bawah nie antara 2 group yang berbeza tapi nak posing gak kt bas merakkk...siapa eh??? kikiki...ce teka?? =)


Jom naik bas merah!! 




HA...nie la suasan dalam bas VVIP kami...cantik kan!!!...berseri2 ngan kain langsir & alas kerusi...makin semangat kami tuk meneruskan perjalanan ini...
TAPI....hari pertama mia sampai kat sini...Mia da kene 'kepala pusing' .... sebab landing kapal terbang yang agak teruk membuatkan mia rasa mual nak muntah aje sepanjang dalam bas...heheee....saba je la..dugaan...mujur ade adek Yana tolong urutkan time muntah2...teng dikkk =)... Boss ckp mia pregnent...hehe...alhamdulillah klu ade....pape pon thanks pada yang care mia!! =))


Inilah CAMBODIA di Phnom Penh...Sambil ambil gamba sambil perut2 kami bernyanyi kelaparan....
krookkk..krokkkk.....perut mengadu yang dia laparr...
maka....destinasi seterusnya menuju ke Restaurant...
Untuk pengembaraan kali ini...Chinese & Muslim dipecahkan kepada 2 bas untuk 'HALAL FOOD'..
Sooo....Restaurant HALAL pertama yang kami kunjungi adalah Restaurant WAU....
Gamba makanan tak sempat nak ambil ketika ini disebabkan masing2 sudah kelaparan yang amat sangat...So, makan aje yang kami tau...hehehe....
Lepas Makan baru teringat nak ambil pic restaurant tu seperti di bawah:
Link FB D'Wau Restaurant: http://www.facebook.com/pages/DWau-Restaurant/141592349214064

OK....nak tido dlu...nanti sambung menaip esok hari....day 1 tak habis lagi cerita..baru starting...belum sampai kemuncaknye lagi ea....so..sambung esokk.....check it up!!
GOOD NIGHT/EVENING a.k.a REATREY SWOOSDEY 

-TO BE CONTINUE- 


Hai SEMUA..... 

Mari sambung cerita semalam....HERMMMM...Nak cerita ape yea...OPSS...mungkin sebab da masuk keje..so..banyak memori da makin kuar sedikit demi sedikit...sebelum memori di Cambodia ini keluar habis dengan bebanan keje yang makin banyak...so baik mia drop kan semuanye disini....

OK...lepas makan kat restaurant d'Wau...tibalah masa kami untuk menyambung semula edisi pengembaraan kami.... 1st tempat yang kami tujui adalah di TUOL SLENG GENOCIDE MUSEUM.
APE TU???? haaa...nak cite panjang sangat..xreti plak nak olah2 nie...so tgk kt link below nie tentang info tempat kami kunjungi dgn bantuan WIKIPEDIA untuk tau ape dia..hehehe...:
http://en.wikipedia.org/wiki/Tuol_Sleng_Genocide_Museum
Nie la sempat snap pic2 sepanjang di museum ini...enjoy!






Seram kan....ha....bersyukur la ea kita xpenah rasa terseksa mcm nie... =)

NEXT...... agent pelancongan kami bawa kami ke kawasan yang bole buat duit kami terbang iaitu di
RUSIAN MARKET.
WOWWW...Ape tu...mesti la tempat shoping menyoping...haahaha....bab syoping2 nie mmg best la kan bagi perempuan2...kan..kan...kan....pantang mia dengar....laju je kaki nie melangkah...sebab laju sgt..sampai kami semua lupe nak ambil gambar tuk market nie.... dibawah sedikit sebanyak gambar yang ade di ambil oleh geng camera lain...mariii lihat...pic kami xde la ea sbb kami sibuk banging price... hahaha.....
Hilang habis pening kepala nie bile dapat shoping...kekeke.. enjoy it!!








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makeup Bertandang_Mazlah (23Sept2012)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makeup Tunang_Fiza (16Sept2012)









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Bertandang_Atikah (08Sept2012)










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
There was an error in this gadget